Saturday, March 14, 2009

HARI PERTAMA DI SEKOLAH

Setiap individu yang bernama pelajar pasti mempunyai pengalaman pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Sebagai guru yang mengajar pelajar prasekolah, saya memiliki pelbagai pengalaman menarik yang dapat dikongsi bersama.
Cerita anak pegang kaki emak ayah, menangis, tak nak masuk ke kelas perkara lumrah di hari pertama sekolah.
Satu pengalaman menarik saya pada minggu ketiga persekolahan, ada seorang pelajar baru ditukar dari sekolah lama semata-mata ingin disamakan dengan sekolah abangnya. Pelajar ini langsung tidak mahu melepaskan pegangan ayahnya. Sebagai guru, saya bertegas kepada bapa pelajar tersebut agar meninggalkan sahaja anaknya. Setelah bapanya pergi, pelajar itu cuba menendang saya dan hendak membaling periuk nasi di didapur. Saya hanya membiarkannya saja dan seharian pelajar itu hanya berada di dapur sahaja. Tetapi apabila pelajar lain berbaris untuk ketaman saya dapati pelajar itu hilang. sudah puas meninjau di sekeliling prasekolah, akhirnya saya temui pelajar itu di hada[pan pagar taman.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama?

No comments:

Post a Comment