MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAHMerupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
Wednesday, March 18, 2009
Saturday, March 14, 2009
HARI PERTAMA DI SEKOLAH
Setiap individu yang bernama pelajar pasti mempunyai pengalaman pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Sebagai guru yang mengajar pelajar prasekolah, saya memiliki pelbagai pengalaman menarik yang dapat dikongsi bersama.
Cerita anak pegang kaki emak ayah, menangis, tak nak masuk ke kelas perkara lumrah di hari pertama sekolah.
Satu pengalaman menarik saya pada minggu ketiga persekolahan, ada seorang pelajar baru ditukar dari sekolah lama semata-mata ingin disamakan dengan sekolah abangnya. Pelajar ini langsung tidak mahu melepaskan pegangan ayahnya. Sebagai guru, saya bertegas kepada bapa pelajar tersebut agar meninggalkan sahaja anaknya. Setelah bapanya pergi, pelajar itu cuba menendang saya dan hendak membaling periuk nasi di didapur. Saya hanya membiarkannya saja dan seharian pelajar itu hanya berada di dapur sahaja. Tetapi apabila pelajar lain berbaris untuk ketaman saya dapati pelajar itu hilang. sudah puas meninjau di sekeliling prasekolah, akhirnya saya temui pelajar itu di hada[pan pagar taman.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama?

Subscribe to:
Posts (Atom)